TUTORIAL 11. Pengintegrasian TMK dalam P&P

Lihat persembahan berikut dan berikan pandangan anda tentang pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

10 comments for “TUTORIAL 11. Pengintegrasian TMK dalam P&P

  1. 14/02/2017 at 10:31 pm

    salam sejahtera, maaf lambat..
    berdasarkan, persembahan prezi sebentar tadi, dapat saya simpulkan bahawa pengintegrasiaan TMK dalam PdP amat sesuai pada era perkembangan teknologi apatah lagi, kepada murid-murid yang sememangnya telah terdedah dengan teknologi. walaupun begitu, mungkin akan menimbulkan beberapa masalah sekiranya pengintegrasian TMK dilaksanakan pada sekolah-sekolah yang berada di pelosok dunia atau pedalaman. hal ini akan memakan masa yang agak panjang untuk memberi pendedahan kepada murid dan guru yang berada di sekolah pedalaman. faktor lain, disebabkan kekurangan fasilitas yang menjadi keperluan seperti elektrik.

    Berbalik kepada murid yang telah terdedah dalam kemodenan zaman sekarang, tidak dapat disangkal lagi pengintegrasian TMK dalam PdP sangat membantu dari pelbagai aspek. Seperti kata-kata Saidina Ali R.A, ” didiklah anakmu seperti zamannya” melalui pernyataan tersebut, jelas cara tradisional kurang sesuai diaplikasikan pada abad ini. Namun begitu, guru perlu bijak menggunakan strategi menggunakan TMK dalam bilik darjah untuk memastikan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan.

    Dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu, kita sedia maklum bahawa Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang bersistem dan memerlukan kefahaman konsep dalam mempelajari undang-udang bahasa melayu. pengintegrasian TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu dapat memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu konsep. sebagai contoh, guru ingin mengajar murid tentang subtopik perbualan. guru boleh menggunakan video perbualan untuk membantu murid memahami tajuk tersebut. selain menarik minat, secara tidak lansung murid dapat belajar secara kendiri. contohnya, melalui vedio tersebut murid dapat memahami bahawa apabila berbual, mesti memerlukan dua atau lebih orang dan memerlukan kata ganti diri.

    sekian…

  2. 14/02/2017 at 10:04 pm

    Assalamualaikum dan selamat petang. Pada pendapat saya, pengintegrasian elemen Teknologi Maklmuat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah digalakkan. Hal ini demikian disebabkan oleh elemen TMK ini memberi impak yang besar terhadap pencapaian murid di dalam sesuatu subjek. Elemen TMK ini tidak hanya tertumpu kepada aplikasi seperti Prezi, Power Point dan Youtube, malah penggunaan aplikasi seperti Powtoon turut dapat digunakan bagi menarik minat murid-murid. Bahan-bahan pengajaran yang berbentuk animasi atau kartun-kartun akan menjadikan murid lebih fokus serta memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

    Ayat yang sering tular di media massa, “Semuanya di Hujung Jari” menggambarkan betapa pesatnya penggunaan teknologi di negara kita. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru kita perlu mengambil cakna tentang penggunaan ICT. Maka guru boleh terapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu ingin mengajar kemahiran dalam Modul Lisan. Dalam modul lisan terdapat kemahiran mendengar dan bertutur. Bagi mengajar kemahiran mendengar, guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video tanpa ditayangkan pada skrin LCD. Melalui strategi ini, murid-murid diminta untuk meneka perkara yang didengar melalui video.

    Di samping itu, maklumat yang terdapat dalam persembahan prezi di atas juga turut menekankan tentang penggunaan teknologi dalam P&P, bukan sahaja sebagai alat bantu mengajar, tetapi yang lebih penting dan utama ia merupakan satu ransangan terhadap pelajar untuk bertindak, berfikir dan mengaplikasi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Hal ini merujuk kepada fungsi TMK dalam pengajaran iaitu bagi meransang pelajar untuk mencari maklumat, menyelesaikan masalah serta menjana idea baru. Sebagai contoh dalam Modul Seni, bahan-bahan sastera digunakan untuk pengajaran. Bagi meransang pemikiran mereka, murid-murid diminta untuk mentafsir bahan sastera dengan menggunakan aplikasi seperti google, morzilla dan banyak lagi dengan bimbingan guru. Walau bagaimanapun, guru seharusnya sentiasa mempelbagaikan penggunaan ICT dalam pengajaran bagi memudahkan guru serta membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam.

  3. 14/02/2017 at 1:42 am

    Assalamu’alaikum WBT.. dan Selamat Sejahtera,

    Pada pendapat saya, pengintegrasian elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu, merupakan suatu usaha yang sangat menarik untuk diimplimentasikan lebih-lebih lagi apabila guru hendak berdepan dengan murid-murid abad ke-21. Pembelajaran yang melibatkan bahasa, kadangkala mudah mendatangkan kebosanan kepada murid. Apatah lagi, jika murid yang kurang berminat dengan bidang bahasa. Oleh sebab itu, pengintegrasian elemen TMK dalam PdP Bahasa Melayu akan lebih menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, rangsangan seperti elemen grafik dan audio yang diselitkan mampu meningkatkan fokus murid. Tambahan lagi, keratan gambar murid yang diselitkan pada bahan slaid ‘power point’ juga dapat mengekalkan fokus murid pada pengajaran guru.

    Seterusnya, pengintegrasian TMK dalam PdP Bahasa Melayu juga telah mengubah amalan pendidikan Tradisional yang lebih berpusatkan guru kepada amalan pengajaran yang lebih melibatkan inkuiri penemuan dan amalan pembelajaran secara kendiri. Sebagai contoh, jika selama ini guru yang akan membantu murid mencari isi penting setiap kali sebelum memulakan karangan, kini, murid pula diminta mengakses sendiri menggunakan sebarang teknologi seperti komputer atau telefon pintar bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting untuk dimuatkan di dalam karangan di makmal komputer.

  4. 13/02/2017 at 10:19 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Pada pendapat saya, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangatlah sesuai untuk dilaksanakan. Seperti yang kita ketahui, perkembangan TMK pada masa kini semakin berkembang dengan pesat dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan penggunaan TMK semakin sebati dalam kehidupan manusia masa kini. Penggunaan TMK secara menyeluruh khusunya dalam bidang pendidikan memudahkan murid untuk mendapatkan maklumat tanpa mengambil masa yang panjang. Sebagai contoh, murid mencari maklumat untuk menyiapkan karangan yang berbentuk fakta. Selain itu, TMK bukan sahaja berperanan sebagai bahan bantu mengajar malah turut berperanan sebagai rangsangan untuk murid bertindak, berfikir dan menyelesaikan masalah. Tambahan pula, TMK juga boleh membantu guru untuk mempermudahkan tugas dalam bidang pengurusan serta meningkatkan prestasi guru. Hal ini demikian kerana penggunaan TMK lebih menarik perhatian murid lebih-lebih lagi apabila guru mengaplikasikannya dalam bentuk yang sesuai dengan isi pelajaran dan tahap murid.

  5. 13/02/2017 at 8:16 pm

    Assalamualaikum semua, pada pendapat saya pengintergrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sangatlah wajar dan sesuai sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin canggih pada masa kini. Pengintergrasian TMK dalam pdp sedikit sebanyak dapat membantu sama ada pihak guru mahupun pelajar contohnya memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat kepada murid dari segi konkrit kepada abstrak. Dengan menggunakan aplikasi yang telah sedia ada dapat membantu membuatkan pengajaran guru menjadi lebih menarik kerana persembahan maklumat yang tidak membosankan. Murid juga turut berpeluang mengaplikasikan sendiri maklumat dengan menggunakan teknologi sedia ada. Selain itu, pengintergrasian TMK juga sedikit sebanyak membantu murid yang lemah dalam pelajaran contohnya, dengan menggunakan aplikasi TMK murid tersebut dapat mengakses sendiri dan mempelajari sendiri mengikut kesesuaian. Guru juga boleh melakukan pdp tanpa bersemuka. Dengan cara ini walaupun tidak bersemuka namun pembelajaran tetap berjalan seperti biasa. Sebagai contoh, guru memberi tugasan secara online dan murid dikehendaki menjawab mengikut kriteria jawapan yang ditetapkan. Tambahan lagi, aplikasi TMK membantu murid mempelajari sesuatu konsep secara meluas kerana pelbagai bahan pembelajaran boleh diperolehi daripada lama sesawang dan sebagainya. Akhir sekali, dengan adanya pengintergrasian TMK ini sedikit sebanyak membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk dilaksanakan dalam bilik darjah.

  6. 13/02/2017 at 4:32 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pada hemat saya, pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) memang tidak asing lagi bagi pembelajaran abad ke-21 ini. Pengintegrasian TMK dalam p&p bukan sahaja dapat menambah minat dan keseronokan murid-murid semasa belajar, malahan pelaksanaan TMK ini dapat menyokong pendekatan baru dalam p&p seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan pembelajaran berasaskan projek, iaitu guru memberikan projek kepada murid untuk menjalankan kajian tentang ciri-ciri pantun, syair, gurindam atau seloka. Projek ini memerlukan murid-murid untuk menyediakan folio atau buku skrap tentang tajuk yang diberi. Murid-murid diberi peluang untuk mengakses internet untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan folio atau buku skrap. Dengan mengintegrasikan TMK ke dalam pembelajaran berasaskan projek ini, murid-murid dapat meneroka maklumat dengan lebih luas lagi. Selain itu, murid dapat meningkatkan kemahiran akses kendiri kerana murid boleh mencari maklumat dengan keupayaan atau kebolehan diri sendiri menggunakan TMK. Akhir sekali, murid lebih berkeyakinan tinggi untuk menghasilkan folio atau buku skrap kerana dapat memperoleh maklumat yang begitu luas melalui TMK.

  7. 12/02/2017 at 12:27 am

    Salam sejahtera semua 🙂
    Pada pandangan saya, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan kini. Penggunaan TMK dalam bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa murid. Malah melalui kaedah ini, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar juga dapat diwujudkan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan motivasi murid. Guru juga dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui pengintegrasian ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

    • 12/02/2017 at 12:33 pm

      Florencia boleh kemukakan contoh aktiviti p&p yang menggunakan TMK untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa murid agar hujah menjadi lebih mantap.

  8. 11/02/2017 at 6:04 pm

    Assalammualaikum en dan kawang2.

    Pada pandangan saya, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran amat berguna dan sesuai untuk pendidikan abad ke 21 ini. Perkara ini disebabkan oleh murid yang wujud pada abad ini amat berminat dengan visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam persembahan tersebut, isi pelajaran dihiaskan dengan pelbagai jenis visual bagi menarik minat murid. Apabila guru mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan lebih berminat untuk mengikuti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. <3

    • 12/02/2017 at 12:34 pm

      Faathin juga boleh kemukakan contoh aktiviti p&p untuk menyokong pandangan yang diberikan.

Leave a Reply to AINNATUL AZILA MALIK Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *