Maklumat Tugasan

Tugasan 1–Tugasan PBS (45%)

Secara individu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut semasa PBS:

  1. Menjelaskan konsep PdP abad ke-21 dan menganalisis strategi PdP dalam penulisan reflektif (30%)
    • Analisiskan satu strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru bahasa Melayu semasa sesi PdP di sekolah dan hubungkaitkan analisis anda dengan konsep pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan PPPM 2013-2025.
    • Panjang penulisan ialah dalam lingkungan 800 patah perkataan .
  1. Mengumpul maklumat untuk menghasilkan bahan inovasi PdP bahasa Melayu (15%)
    • Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan bahan inovasi yang akan dihasilkan.
    • Maklumat boleh diperoleh melalui buku, jurnal, prosiding, majalah, akhbar , internet atau sumber lain.
    • Maklumat tersebut hendaklah dikumpul dan disediakan dengan kemas dalam bentuk portfolio.

Tugasan 2 – Penghasilan Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (15%)

Secara individu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

  1. Merancang inovasi bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang sesuai berpandukan DSKP dan buku teks Bahasa Melayu.
  2. Membina dan menghasilkan satu inovasi bahan pengajaran kemahiran bahasa yang mengintegrasikan TMK secara kreatif berserta manual pelaksanaan untuk pengajaran dan pembelajaran berdasarkan maklumat yang dikumpul semasa PBS.
  3. Tugasan ini dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan yang dihasilkan dan manual pelaksanaan perlu dihantar secara hard copy dan soft copy.

Tugasan 3–Pembentangan Kumpulan (10%)

Secara berkumpulan (3 orang) anda dikehendaki  melaksanakan tugasan berikut :

  1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang bersesuaian bagi strategi koperatif berpandukan DSKP.
  2. Mengaplikasikan strategi koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu dengan berkesan melalui  aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
  3. Membina bahan untuk pembentangan bersumberkan TMK.
  4. Tempoh persembahan ialah dalam lingkungan 30 minit.
  5. Tugasan ini dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan perlu dihantar secara hard copy dan soft copy.
  6. Pembentangan akan dilaksanakan pada 2 April 2020.