Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula dibangunkan di Universiti McMaster,
Kanada sebelum akhir era 1960-an. PBL ialah satu strategi mengajar yang menggalakkan
pelajar membangunkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Ianya adalah rumusan terhadap pencarian untuk menyelesai masalah kehidupan
semasa (Perrenet, Bouhuijs & Smits, 2000). Selain itu, pembelajaran berdasarkan masalah
ialah satu pendekatan pengajaran yang digunakan dalam pendidikan tinggi sejak
kebelakangan ini (Yeo, 2005). PBL melintasi satu corak spektrum secara meluas dari
pengajaran kawalan guru kepada penekanan siasatan arahan pelajar sendiri (Barell, 1998).
Barrows, (1998) menyatakan ciri – ciri utama PBL yang digunakan secara meluas adalah:
1. Berasaskan masalah (Problem-based). Ia bermula dengan satu masalah sebenar di
dalam kehidupan yang ditemui oleh pengamal.
2. Menyelesaikan masalah (Problem-solving). Ia menyokong kemahiran
menyelesaikan masalah yang dikehendaki secara “di latih”. Peranan pengajar adalah
memudahkan dan membangunkan proses menyelesaikan masalah secara berkesan.
3. Berpusatkan Pelajar (Student-centred). Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap pengajian mereka dan bertindak sebagai fasilitator. Pengajar mesti mengelak
dari pelajar bergantung sepenuhnya untuk mereka belajar dan tahu.
4. Pembelajaran Secara Terarah (Self-directed learning). Ia membangunkan
kemahiran penyelidikan kepada pelajar. Pelajar wajib belajar bagaimana untuk
mencapai maklumat apabila di perlukan untuk keadaan semasa, ini ialah satu
kemahiran terpenting untuk mencapai prestasi profesional.
5. Refleksi (Reflection). Ianya berlaku berikutan semasa menyelesaikan permasalahan,
boleh di lakukan melalui kumpulan perbincangan dan amat berguna untuk
pemindahan masalah terbaru.

Sumber: Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) kepada Program Pembelajaran di Kolej Komuniti

Bacaan: