15 Replies to “TUTORIAL 11. Pengintegrasian TMK dalam P&P

  1. Assalamualaikum, maaf kerana terlambat. pada pendapat saya, pengintegrasian TMK dalam PdP amat penting. Hal ini kerana kemahiran guru dalam bidang TMK dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa kini.

    Sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merupakan pembelajaran yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran lebih berkesan serta menyeronokkan. Kita dapat bayangkan bagaimana mungkin jika seorang guru Bahasa Melayu menerangkan tajuk pelajaran hanya dengan ‘chalk and talk’. Untuk itu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khasnya penggunaan komputer seperti menggunakan prezi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran sememangnya amat penting kerana mampu menarik minat murid.

    Tambahan pula, melalui penggunaan alat TMK ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.

    Selain itu, penggunaan prezi berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan.

    Disamping itu, penggunaan TMK dapat meningkatkan motivasi murid untuk menarik minat murid belajar. Hal ini dapat kita lihat apabila murid akan merasa lebih suka belajar apabila guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan peredaran masa kini yang mengikut perkembangan zaman mereka seperti mengaplikasikan TMK dalam PdP.

    TMK juga membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).Dengan aplikasi seperti prezi, murid boleh memuat turun dokumen ini untuk disimpan sebagai rujukan dan dijadikan bahan ulang kaji pembelajaran sendiri. Oleh disebabkan itu, secara tidak langsung TMK mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Ia memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.

    Kesimpulannya, kemahiran TMK dalam bidang pendidikan semakin digalakkan dalam PdP guru. Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

    Sekian, terima kasih.

  2. assalamualaikum dan salam sejahtera.
    1. pada pandangan saya pengintegrasian TMK dalam PdP sangat sesuai kepada murid-murid sejajar dengan pembelajaran abad ke-21. hal ini kerana, dengan adanya pengintegrasian TMK, murid-murid akan berasa lebih berminat untuk belajar. contohnya murid-murid akan berasa lebih seronok apabila guru menggunakan bantuan komputer untuk menyangkan video, gambar, peta minda dan sebagainya.
    2. dengan adanya pengintegrasian TMK, murid-murid akan lebih mudah untuk memahami konsep-konsep yang ingin dikemukakan oleh guru. contohnya dengan adanya teknologi ini, sedikit sebanyak dapat membantu guru untuk merancang strategi yang berkesan kepada murid agar mereka lebih mudah memahaminya. contohnya dengan menggunakan video, peta minda, pembelajaran 2 hala dan sebagainya.
    3. dapat menjimatkan masa. ini kerana, dengan adanya teknologi, kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat. murid dapat mencari maklumat menerusi internet yang kini berada di hujung jari sahaja.
    4. guru juga dapat mencipta bahan multimedia yang berguna kepada murid dengan menggabungkan pelbagai elemen yang menarik dan mampu menarik perhatian murid untuk belajar. contohnya grafik, teks, video, animasi dan sebagainya bagi memudahkan mereka untuk memahaminya.

    dalam konteks pembelajaran bahasa melayu, guru boleh menggunakan TMK ini dalam proses pdp. contohnya, untuk mengajar kemahiran mendengar, guru boleh memasang video berunsurkan cerita dongeng dan seterusnya mengadakan sesi soal jawab kepada murid apa yang mereka faham setelah mendengar dan melihat video tersebut.

    sekian, terima kasih..

  3. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
    Berdasarkan tayangan prezi tersebut, saya dapat memberi pandangan bahawa pengintegrasian elemen TMK terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah sangat bertepatan dengan keperluan masa kini. Seperti yang kita sedia maklum, zaman sekarang semua benda menggunakan teknologi. Teknologi sekarang sangat pesat membangun. Oleh itu, stail pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau institusi juga turut berubah mengikut peredaran zaman.

    Pengintegrasian elemen TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangat bagus kerana dapat menarik minat murid untuk belajar subjek tersebut. Sebagai contoh , penerapan elemen TMK seperti mendedahkan murid-murid untuk menggunakan komputer atau laptop di makmal sekolah sambil belajar Bahasa Melayu amat menyeronokkan. Murid-murid akan seronok dan akan lebih fokus untuk belajar. Mereka juga dapat belajar benda baru dengan mempelajari cara-cara untuk membuka komputer, cara nak menaip , cara nak cari maklumat dan banyak lagi.

    Seterusnya, saya berpendapat bahawa pelaksanaan TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat mengelakkan murid dari bosan untuk belajar. Kebiasaannya, menurut pengalaman saya sendiri, belajar Bahasa Melayu pada zaman sekolah dulu amat membosankan. Hal ini kerana guru yang mengajar subjek tersebut tidak menggunakan strategi yang pelbagai untuk menyampaikan maklumat. Jadi, saya berpendapat bahawa dengan penggunaan bahan TMK, perkara ini dapat menarik minat murid dan dapat elakkan mereka dari bosan belajar. Sebagai contoh, guru boleh mengaplikasikan penggunaan video animasi, atau sesuatu yang ceria dan cantik yang akan menarik minat murid. Bahan animasi sangat menyeronokkan murid untuk belajar. Oleh itu, murid akan seronok dan berminat untuk fokus di dalam kelas.

    Selain itu, guru Bahasa Melayu juga dapat menayangkan video-video yang menarik kepada murid untuk dijadikan sebagai set induksi atau bahan pengajaran. Dengan pengaplikasian video tersebut murid dapat mencari idea, berfikir dan sebagainya. Sebagai contoh, guru mengajar tentang pantun. Oleh itu, guru menggunakan video orang berpantun sebagai set induksi. Murid-murid akan tertarik dan fokus serta dapat belajar cara untuk berpantun. Selebihnya guru menunjukkan demo berpantun di hadapan murid.

    Akhir sekali, saya berpendapat bahawa dengan pengaplikasian TMk di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat memotivasikan murid serta meningkatkan keyakinan diri mereka. Justeru, perkara ini juga dapat mematangkan pemikiran murid-murid. Sebagai contoh, murid dapat melakukan pembentangan tentang sesuatu topik dengan menggunakan powtoon, prezi atau powerpoint dan lain-lain. Murid akan rasa lebih yakin apabila membentangkan sesuatu topik/tugasan dengan menggunakan bahan bantuan seperti yang saya sebut itu. Oleh itu, adalah sangat wajar kepada pendidikan masa kini, untuk menerapkan pengaplikasian TMK di dalam bilik darjah.

  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Saya berpendapat bahawa pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sememangnya patut dilaksanakan dalam bilik darjah. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan TMK merupakan satu aspek yang paling penting dalam pembelajaran abad ke-21. Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah mampu menarik minat untuk belajar dan memudahkan murid untuk memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru. Contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu, guru boleh mencipta satu pakej multimedia untuk mengajar murid tatabahasa. Dengan adanya gabungan lima elemen iaitu audio, video, grafik, animasi dan teks dalam satu pakej multimedia, sudah semestinya murid tidak bosan dalam pembelajaran malah tertarik untuk mempelajari sesuatu bahasa.

    Selain itu, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu juga penting dilaksanakan kerana memudahkan guru untuk menyampaikan sesuatu pengajaran bahasa Melayu. Contohnya, guru boleh menggunakan pemprosesan perkataan seperti microsoft word untuk memberikan nota kepada murid ataupun menyuruh murid untuk menulis karangan melalui perisian tersebut. Selain daripada pemprosesan perkataan, guru juga boleh menggunakan hamparan elektronik seperti slide ‘PowerPoint’ untuk menyampaikan sesuatu pengajaran bahasa kepada murid. Pengintegrasian TMK juga penting dalam urusan pemarkahan murid ataupuan perkara yang berkaitan dengan penjadualan atau pengiraan dalam pembelajaran. Dalam hal ini, guru boleh menggunakan pangkalan data untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pemarkahan, penjadualan atau pengiraan.

    Kesimpulannya,pengintegrasian TMK ini sememangnya patut digunakan pada masa kini kerana segala pembelajaran memerlukan penggunaan TMK demi meningkatkan prestasi pembelajaran murid dan kualiti pengajaran guru.

  5. salam sejahtera, maaf lambat..
    berdasarkan, persembahan prezi sebentar tadi, dapat saya simpulkan bahawa pengintegrasiaan TMK dalam PdP amat sesuai pada era perkembangan teknologi apatah lagi, kepada murid-murid yang sememangnya telah terdedah dengan teknologi. walaupun begitu, mungkin akan menimbulkan beberapa masalah sekiranya pengintegrasian TMK dilaksanakan pada sekolah-sekolah yang berada di pelosok dunia atau pedalaman. hal ini akan memakan masa yang agak panjang untuk memberi pendedahan kepada murid dan guru yang berada di sekolah pedalaman. faktor lain, disebabkan kekurangan fasilitas yang menjadi keperluan seperti elektrik.

    Berbalik kepada murid yang telah terdedah dalam kemodenan zaman sekarang, tidak dapat disangkal lagi pengintegrasian TMK dalam PdP sangat membantu dari pelbagai aspek. Seperti kata-kata Saidina Ali R.A, ” didiklah anakmu seperti zamannya” melalui pernyataan tersebut, jelas cara tradisional kurang sesuai diaplikasikan pada abad ini. Namun begitu, guru perlu bijak menggunakan strategi menggunakan TMK dalam bilik darjah untuk memastikan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan.

    Dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu, kita sedia maklum bahawa Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang bersistem dan memerlukan kefahaman konsep dalam mempelajari undang-udang bahasa melayu. pengintegrasian TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu dapat memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu konsep. sebagai contoh, guru ingin mengajar murid tentang subtopik perbualan. guru boleh menggunakan video perbualan untuk membantu murid memahami tajuk tersebut. selain menarik minat, secara tidak lansung murid dapat belajar secara kendiri. contohnya, melalui vedio tersebut murid dapat memahami bahawa apabila berbual, mesti memerlukan dua atau lebih orang dan memerlukan kata ganti diri.

    sekian…

  6. Assalamualaikum dan selamat petang. Pada pendapat saya, pengintegrasian elemen Teknologi Maklmuat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah digalakkan. Hal ini demikian disebabkan oleh elemen TMK ini memberi impak yang besar terhadap pencapaian murid di dalam sesuatu subjek. Elemen TMK ini tidak hanya tertumpu kepada aplikasi seperti Prezi, Power Point dan Youtube, malah penggunaan aplikasi seperti Powtoon turut dapat digunakan bagi menarik minat murid-murid. Bahan-bahan pengajaran yang berbentuk animasi atau kartun-kartun akan menjadikan murid lebih fokus serta memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

    Ayat yang sering tular di media massa, “Semuanya di Hujung Jari” menggambarkan betapa pesatnya penggunaan teknologi di negara kita. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru kita perlu mengambil cakna tentang penggunaan ICT. Maka guru boleh terapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu ingin mengajar kemahiran dalam Modul Lisan. Dalam modul lisan terdapat kemahiran mendengar dan bertutur. Bagi mengajar kemahiran mendengar, guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video tanpa ditayangkan pada skrin LCD. Melalui strategi ini, murid-murid diminta untuk meneka perkara yang didengar melalui video.

    Di samping itu, maklumat yang terdapat dalam persembahan prezi di atas juga turut menekankan tentang penggunaan teknologi dalam P&P, bukan sahaja sebagai alat bantu mengajar, tetapi yang lebih penting dan utama ia merupakan satu ransangan terhadap pelajar untuk bertindak, berfikir dan mengaplikasi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Hal ini merujuk kepada fungsi TMK dalam pengajaran iaitu bagi meransang pelajar untuk mencari maklumat, menyelesaikan masalah serta menjana idea baru. Sebagai contoh dalam Modul Seni, bahan-bahan sastera digunakan untuk pengajaran. Bagi meransang pemikiran mereka, murid-murid diminta untuk mentafsir bahan sastera dengan menggunakan aplikasi seperti google, morzilla dan banyak lagi dengan bimbingan guru. Walau bagaimanapun, guru seharusnya sentiasa mempelbagaikan penggunaan ICT dalam pengajaran bagi memudahkan guru serta membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam.

  7. Assalamu’alaikum WBT.. dan Selamat Sejahtera,

    Pada pendapat saya, pengintegrasian elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu, merupakan suatu usaha yang sangat menarik untuk diimplimentasikan lebih-lebih lagi apabila guru hendak berdepan dengan murid-murid abad ke-21. Pembelajaran yang melibatkan bahasa, kadangkala mudah mendatangkan kebosanan kepada murid. Apatah lagi, jika murid yang kurang berminat dengan bidang bahasa. Oleh sebab itu, pengintegrasian elemen TMK dalam PdP Bahasa Melayu akan lebih menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, rangsangan seperti elemen grafik dan audio yang diselitkan mampu meningkatkan fokus murid. Tambahan lagi, keratan gambar murid yang diselitkan pada bahan slaid ‘power point’ juga dapat mengekalkan fokus murid pada pengajaran guru.

    Seterusnya, pengintegrasian TMK dalam PdP Bahasa Melayu juga telah mengubah amalan pendidikan Tradisional yang lebih berpusatkan guru kepada amalan pengajaran yang lebih melibatkan inkuiri penemuan dan amalan pembelajaran secara kendiri. Sebagai contoh, jika selama ini guru yang akan membantu murid mencari isi penting setiap kali sebelum memulakan karangan, kini, murid pula diminta mengakses sendiri menggunakan sebarang teknologi seperti komputer atau telefon pintar bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting untuk dimuatkan di dalam karangan di makmal komputer.

  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Pada pendapat saya, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangatlah sesuai untuk dilaksanakan. Seperti yang kita ketahui, perkembangan TMK pada masa kini semakin berkembang dengan pesat dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan penggunaan TMK semakin sebati dalam kehidupan manusia masa kini. Penggunaan TMK secara menyeluruh khusunya dalam bidang pendidikan memudahkan murid untuk mendapatkan maklumat tanpa mengambil masa yang panjang. Sebagai contoh, murid mencari maklumat untuk menyiapkan karangan yang berbentuk fakta. Selain itu, TMK bukan sahaja berperanan sebagai bahan bantu mengajar malah turut berperanan sebagai rangsangan untuk murid bertindak, berfikir dan menyelesaikan masalah. Tambahan pula, TMK juga boleh membantu guru untuk mempermudahkan tugas dalam bidang pengurusan serta meningkatkan prestasi guru. Hal ini demikian kerana penggunaan TMK lebih menarik perhatian murid lebih-lebih lagi apabila guru mengaplikasikannya dalam bentuk yang sesuai dengan isi pelajaran dan tahap murid.

  9. Assalamualaikum semua, pada pendapat saya pengintergrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sangatlah wajar dan sesuai sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin canggih pada masa kini. Pengintergrasian TMK dalam pdp sedikit sebanyak dapat membantu sama ada pihak guru mahupun pelajar contohnya memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat kepada murid dari segi konkrit kepada abstrak. Dengan menggunakan aplikasi yang telah sedia ada dapat membantu membuatkan pengajaran guru menjadi lebih menarik kerana persembahan maklumat yang tidak membosankan. Murid juga turut berpeluang mengaplikasikan sendiri maklumat dengan menggunakan teknologi sedia ada. Selain itu, pengintergrasian TMK juga sedikit sebanyak membantu murid yang lemah dalam pelajaran contohnya, dengan menggunakan aplikasi TMK murid tersebut dapat mengakses sendiri dan mempelajari sendiri mengikut kesesuaian. Guru juga boleh melakukan pdp tanpa bersemuka. Dengan cara ini walaupun tidak bersemuka namun pembelajaran tetap berjalan seperti biasa. Sebagai contoh, guru memberi tugasan secara online dan murid dikehendaki menjawab mengikut kriteria jawapan yang ditetapkan. Tambahan lagi, aplikasi TMK membantu murid mempelajari sesuatu konsep secara meluas kerana pelbagai bahan pembelajaran boleh diperolehi daripada lama sesawang dan sebagainya. Akhir sekali, dengan adanya pengintergrasian TMK ini sedikit sebanyak membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk dilaksanakan dalam bilik darjah.

  10. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pada hemat saya, pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) memang tidak asing lagi bagi pembelajaran abad ke-21 ini. Pengintegrasian TMK dalam p&p bukan sahaja dapat menambah minat dan keseronokan murid-murid semasa belajar, malahan pelaksanaan TMK ini dapat menyokong pendekatan baru dalam p&p seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan pembelajaran berasaskan projek, iaitu guru memberikan projek kepada murid untuk menjalankan kajian tentang ciri-ciri pantun, syair, gurindam atau seloka. Projek ini memerlukan murid-murid untuk menyediakan folio atau buku skrap tentang tajuk yang diberi. Murid-murid diberi peluang untuk mengakses internet untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan folio atau buku skrap. Dengan mengintegrasikan TMK ke dalam pembelajaran berasaskan projek ini, murid-murid dapat meneroka maklumat dengan lebih luas lagi. Selain itu, murid dapat meningkatkan kemahiran akses kendiri kerana murid boleh mencari maklumat dengan keupayaan atau kebolehan diri sendiri menggunakan TMK. Akhir sekali, murid lebih berkeyakinan tinggi untuk menghasilkan folio atau buku skrap kerana dapat memperoleh maklumat yang begitu luas melalui TMK.

  11. Salam sejahtera semua 🙂
    Pada pandangan saya, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan kini. Penggunaan TMK dalam bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa murid. Malah melalui kaedah ini, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar juga dapat diwujudkan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan motivasi murid. Guru juga dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui pengintegrasian ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

    1. Florencia boleh kemukakan contoh aktiviti p&p yang menggunakan TMK untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa murid agar hujah menjadi lebih mantap.

  12. Assalammualaikum en dan kawang2.

    Pada pandangan saya, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran amat berguna dan sesuai untuk pendidikan abad ke 21 ini. Perkara ini disebabkan oleh murid yang wujud pada abad ini amat berminat dengan visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam persembahan tersebut, isi pelajaran dihiaskan dengan pelbagai jenis visual bagi menarik minat murid. Apabila guru mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan lebih berminat untuk mengikuti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. <3

      1. Contohnya, apabila guru ingin mengajar murid tentang cara mendeklamasikan sajak, guru boleh menayangkan video pendeklamasikan sajak. Hal ini kerana murid mungkin lebih berminat untuk menontonnya daripadanya guru sendiri yang bersajak. Justeru, TMK amat sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah pada abad ini.

Leave a Reply to NURUL QASDINA IDRIS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *